Kanak-Kanak 7 Tahun Mati Terkena Batu Yang Dibaling Gajah



Morocco, 28 Julai - Seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun maut selepas terkena batu yang dibaling oleh seekor gaja dari kandang di Zoo Rabat Morocco pada petang Selasa.

Metro.co.uk melaporkan, ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu sedang mengangkat kanak-kanak itu untuk mendukungnya sementara gaja itu mengambil seketul batu dan membaling ke udara.

Batu itu terkena bahagian belakang kepala kanak-kanak itu dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia kerana kecederaan itu.

Seorang jurucakap zoo terbabit mengucapkan takziah kepada keluarga gadis itu namun menafikan zoo itu bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak terbabit.

"Insiden seperti ini sangat jarang berlaku", katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Morocco World News.

"Kemalangan seperti ini juga pernah berlaku di zoo antarabangsa; yang terbaru di Disney World Orlando an di Cincinnati Zoo di U.S", katanya lagi.



by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment