"Kini, Kami Selangkah Lebih Hampir Untuk Bawa Ayah Pulang, Terima Kasih Semua"

Kuala Lumpur, 30 Julai - Sejak semalam, viral kisah seorang ketua kerani di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang tiba-tiba diserang angin ahmar ketika tiba di Lapangan Terbang Heatrow pada 4 Julai lalu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga disamping menghadiri majlis graduasi anak perempuannya.

Baca : Rakyat Malaysia Diserang Strok di London, Bil Hospital Cecah RM246,000

Hampir sebulan, Sahar masih lagi terlantar di hospital dan apa yang mengejutkan adalah bil hospital beliau telah mencecah hampir £45,000 (RM 246,000).

Anak kepada Mohamad Sahar, Amirah Mohamad Sahar, kemudian memulakan kempen GoFundMe untuk ayahnya dengan harapan ia mampu menampung kos hospital ayahnya yang menghampiri suku juta ringgit itu.

Sejak dari itu, kisah sedih Mohamad Sahar menjadi viral di media sosial malah turut mendapat liputan media sehingga berduyun-duyun orang Malaysia tampil memberikan sumbangan sedikit demi sedikit. Lebih dari itu ada yang yang menyumbangkan amaun yang banyak iaitu £5,000 dan £1,000.


Hasil kutipan kini telah mencecah £46,399 (RM 247,086) dan Amirah menerusi GoFundMe mengucapkan terima kasih kepada orang ramai.

"Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga saya.", kata Amirah yang turut sama berterima kasih kepada MARA kerana mendahulukan wang sebanyak  £30,000 (RM160,281.47) untuk tujuan rawatan.

Menceritakan bagaimana dia boleh memulakan kempen GoFundMe ini, Amirah berkata ia dicadangkan oleh seorang individu.

"Kami mula hilang harapan dan punca sehingga seorang individu yang baik hati mencadangkan agar kami cuba meminta sumbangan awam menggunakan GoFundMe.com. Pada mulanya kami tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana kos hospital itu terlalu tinggi dan ianya kelihatan mustahil untuk mendapatkan sumbangan sebanyak itu menerusi sumbangan awam

"Dengan harapan yang tipis, kami cuba dapatkan keluarga dan rakan supaya berkongsi kisah Ayah, supaya sekurang-kurangnya kami boleh tampung sedikit dari kos hospital. 

"Tapi, berita ini tersebar dengan cepat di FB dan juga mendapat perhatian media. Sejak dari itu, kami mendapat banyak sumbangan bukan sahaja dari Malaysia, tapi juga dari luar negara.", kata Amirah.

Jesteru, Amirah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan juga organisasi yang menyumbang dan memberi semangat untuk ayahnya.

"Kini, kami selangkah lebih hampir untuk membawa Ayah balik rumah. Kami sangat bersyukur dan ingin berterima kasih semua kerana sokongan anda. Terima Kasih!!! Semoga dirahmati Tuhan.", tulis Amirah mengakhiri catitan itu.

Sementara itu, mengenai perkembangan kesihatan Mohamad Sahar pula, Amirah berkata ayahnya itu kini berada dalam keadaan stabil. - Siakapkeli.my

Sumber : http://ift.tt/2aiM4O9


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment