Isteri Pelakon Antara 28 Ditahan Selepas Dipercayai Terbabit Dalam Sindiket Penyeludupan Manusia



Kuala Lumpur, 28 Julai: Isteri kepada seorang pelakon terkenal antara 28 pegawai dan anggota imigresen yang ditahan oleh polis dalam operasi khas kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.

Harian Metro melaporkan, mereka difahamkan suspek yang berusia 33 tahun ditahan dipejabatnya di Putrajaya bagi membantu siasatan.

Laporan itu juga menyebut sumber polis memberitahu suspek ditahan kerana disyaki turut terbabit dalam memalsukan dokumen serta menyediakan laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.

"Kami tidak menolak kemungkinan pembabitan pegawai kanan imigresen dalam kes ini dan siasatan sedang dijalankan," kata sumber itu.

Sumber memberitahu, semua suspek kini ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Sumber : Harian Metro


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment