Black Hawk Down: "Hebat Juga Tentera Malaysia Rupanya, Kita Jer Yang Tak Tahu"


Pasti ramai yang tahu akan kehebatan filam Hollywood bertajuk Black Hawk di mana tentera sebuah helikopter Amerika Syarikat terhempas di tengah ibu negara Somalia selepas ditembak pemberontak.

Filem berkenaan menunjukkann askar-Askar dari India dan Amerika sendiri cuba menyelamatkan tentera yang terhempas berkenaan, namun selepas didedahkan ternyata filem berkenaan tidak menggambarkan fakta sebenar kejadian di mana sebenarnya askar dari Malaysia yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan.

Ternyata filem berkenaan telah menyinggung banyak pihak terutamanya wira-wira yang bergadai nyawa menyelamatkan tentera Amerika berkenaan di mana ketika itu dikatakan agak mustahil untuk menyelamatkan mereka.

Jom kita baca nukilan Tuan Mohd Monier tentang kehebatan tentera kita yang menyelamatkan tentera-tentera Amerika berkenaan yang memang tidak akan dikongsikan oleh media antarabangsa.

Antara barisan wira Malaysia yang terlibat menyelamatkan anggota
Marin US selepas Black Hawk Terhempas

Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang talipon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik. Saya call dia nak tanya kisah "Black Hawk Down" di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak dak pun babak Tentera Malaysia pi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik k.terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport. Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.

Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan2 dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yg berlaku. Lepas tu baru dapat maklumat yg Black Hawk tentera Amerika dlm operasi menangkap Jen Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap - tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dam lain-lain bertalu-talu..

Last-last depa minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bukhara. Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka(jenis) senjata api ditembak bertalu-talu. Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeza, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah depa pi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung. Mael kata kalau tentera kita tak pi bertempur sepanjang mlm tu, pakai mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu. 

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia !!
(Mael sepupu saya nie pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan2 dia yg turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani. Mael kata nak wat gena, askar pencen mcm tu ja lah kerjanya...perwira negara tu..:-(

Salah seorang wira kita

Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down, sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambaq keta depa pun tentera Amerika tak bagi, tapi lepas kejadian berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mai melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita aje yg tak tahu !!
Saja nak kongsi.
Tkasih

- Siakapkeli.my




by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment