(VIDEO & GAMBAR) Bilik Kuliah Masjid Shah Alam Terbakar Selepas Solat Jumaat Tadi


Shah Alam: Orang ramai yang baru selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah sebentar tadi dikejutkan dengan kejadian kebakaran di tingkat bawah masjid kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.21 petang tadi dan 18 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi.

" Bilik kuliah berkenaan musnah sepenuhnya, bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu."

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang tadi, sehingga kini punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan" katanya. - Siakapkeli.my

Kredit: MyMetro












by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment