PUNCA ALONG RAJA LAWAK HALAU ISTERINYA
Kini hubungan pelawak Along Cham dan isterinya penyanyi Zila Seeron menjadi perhatian orang ramai.
Zila telah mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu dan mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak 4 bulan yang lalu.
Malah Along telah membuat kes mahkamah tuntutan nusyuz ke atas isterinya itu.
Ini komen Zila:
DIHALAU RUMAH
"Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.
.“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.
"Saya terlalu rindukan anak saya,"
AKAN DAPATKAN HAK JAGAAN ANAK
"Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.
"Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti," katanya tegas.
PUNCA DIHALAU
Zila mengatakan puncanya dari sikap suaminya itu yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.
"Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,"
Sumber: AstroGempak
Share this
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment