Punca dan Foto NGERI keadaan jasad Dua beradik disembelih ibu



Dua adik beradik lelaki berusia dua tahun dan lima tahun maut dipercayai disembelih ibu sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kanak-kanak lelaki terbabit ditemui di dalam dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran selepas dipercayai disembelih ibu mereka dengan pisau.

Jurucakap polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.

“Polis yang datang tidak lama kemudian menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” katanya.




by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment