MINUMAN FANTA MENGANDUNGI LEMAK BABI? INI JAWAPAN JAKIM

Beberapa hari yang lalu, sekeping gambar telah menjadi viral di laman sosial di Malaysia di mana pos yang dimuatnaik oleh seorang lelaki tempatan berkenaan pada 22 Desember lalu dan telah mendapat 9000 perkongsian.
Di dalam gambar tersebut tertulis “Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.
“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,”
Minuman Fanta Mengandungi Lemak Babi Ini Jawapan Jakim.jpg
Dalam pada itu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah tampil menafikan gambar viral kononnya bahawa minuman berperisa buah jenama Fanta mengandungi lemak babi.
Jakim melalui laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIMtelah mengeluarkan kenyataan ini di mana menurut mereka minuman berkenaan mendapat pengesah halal daripada bahagian halal Jakim.
Menurut laman Facebook Jakim itu lagi, minuman berjenama Fanta itu memegang sijil halal dan boleh dirujuk di laman sesawang milik mereka di www.halal.gov.my.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment