15 Gambar Sekitar Pernikahan Nabila Huda Dan Izwan
Pelakon Nabila Huda kini telah menamatkan zaman solonya apabila sah bergelar isteri pada jam 9.20 pagi tadi.Nabila Huda telah pun selamat bernikah dengan pasangannya Mohd Izwan Bin Johar dengan sekali lafaz
Amy Search, ayah kepada Nabila Huda telah menikahkan oasangan ini di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangordisaksikan oleh jurunikah Ustaz Khairuddin Haiyon.
Majlis pernikahan dihadiri keluarga dan tetamu yang terdiri dari sahabat dan rakan terdekat dan beberapa pihak media.
Pihak perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM 300 manakala jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.
Pada majlis itu juga, pihak perempuan menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 daripada pihak lelaki.
Majlis resepsi mereka akan diadakan pada hari Sabtu di Shah Alam yang merupakan kediaman pihak lelaki.
Jutaan tahniah buat pasangan Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar.
Jom layan gambar:
Sumber: beritamemey
by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem
0 comments:
Post a Comment