Selepas 12 Hari Jururawat Hilang, Pasukan Penyelamat Akhirnya Buat Keputusan MENGEJUTKAN


Selepas 12 Hari Jururawat Hilang, Pasukan Penyelamat Akhirnya TERPAKSA Buat Keputusan MENGEJUTKAN !
Ya Allah. Tak sanka pengakhiran kehilangan jururawat ni macam ni je ? Ramai yg tak setuju dengan keputusan ni. Tapi nak buat macam mana kan ?



Operasi mencari dan menyelamat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, (gambar kecil) yang dikhuatiri lemas di Pantai Pasir Pandak, Santubong, Sarawak sejak 12 Disember lalu dihentikan semalam.

SANTUBONG 24 Dis. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) jururawat Hospital Umum Sarawak (HUS), Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23, yang dikhuatiri lemas di Pantai Pasir Pandak, sejak 12 Disember lalu dihentikan hari ini.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, keputusan tersebut dibuat setelah perbincangan bersama semua agensi terlibat dijalankan.

“Seramai 55 orang terlibat dalam operasi besar-besaran hari ini dengan empat bot yang turut disertai bapa mangsa.

“Operasi SAR ditumpukan sekitar kawasan lumpur sepanjang dua kilometer namun masih gagal me­nemukan sebarang petunjuk baharu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, Nurul Wazieyana dilaporkan terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika berjalan menyusuri pantai berkenaan pada pukul 6.40 petang.

Pada 15 Disember lalu, pasukan SAR mengesahkan menemui pakaian dan tudung yang dipakai mangsa berhampiran pantai tersebut dengan kesan koyakan.

Kemudian pada Jumaat lalu, cebisan organ dalaman menyerupai paru-paru manusia ditemukan namun belum dapat disahkan sama ada milik manusia atau haiwan.

Tambah Ling Hii, anggota SAR juga terpaksa meredah lumpur separas dada di kawasan beting sepanjang dua kilometer.

“Operasi SAR dihentikan pada pukul 5 petang ini,” ujarnya.


by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment