PANDANGAN TERBUKA SEORANG PEGUAM MENGENAI KES BUNUH PEROMPAK DEMI NYAWA SEKELUARGA




Assalamualaikum semua. Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan. Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain. Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.

Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguam


Sumber: kainkembang
by noreply@blogger.com (kamal sempoi) via Berita Sempoi

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment