(Video) Kes Aminulrasyid : "Pasal Apa Pulak Saya nak Mohon Maaf?" - KPN

(Video) Kes Aminulrasyid : "Pasal Apa Pulak Saya nak Mohon Maaf?" - KPN merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Kes Aminulrasyid : "Pasal Apa Pulak Saya nak Mohon Maaf?" - KPN.


25 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak akan mohon maaf dan tidak akan meletak jawatan berikutan kes Aminulrasyid.

Beliau menegaskan perkara itu dalam sidang media pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 Tahun 2016, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Pasal apa pulak saya nak mohon maaf? Takde, tidak, saya tidak akan mohon maaf,” katanya ketika ditanya oleh wartawan.

Selain itu, Khalid juga berkata dia tidak akan meletak jawatan berikutan desakan beberapa pihak yang mahu beliau berbuat demikian.

Semua mahu desak saya letak jawatan. Tetapi mereka bukannya bos saya.”, kata beliau yang merupakan Ketua Polis Selangor ketika kes Aminulrasyid berlaku.

Khalid berkata sedemikian mengulas kenyataan pemimpin pembangkang dan aktivis NGO yang mahu beliau bertanggungjawab atas insiden tersebut, termasuk sidang akhbarnya yang mengelirukan.

Pada pagi 26 April 2010, Koperal Jenain Subi melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki oleh Aminulrasyid di Shah Alam.

Malaymail Online melaporkan, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya menyebut Khalid “memberikan sidang akhbar bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh Jenain”.

Keluarga Aminulrasyid Amzah, semalam menerima gantirugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan. - Siakapkeli.my

#Panas di (Video) Kes Aminulrasyid : "Pasal Apa Pulak Saya nak Mohon Maaf?" - KPN
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment