(Gambar) Lelaki Tidak Dikenali Lepaskan Beberapa Tembakan Rambang Ke Arah Penjara Alor Star

(Gambar) Lelaki Tidak Dikenali Lepaskan Beberapa Tembakan Rambang Ke Arah Penjara Alor Star merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Gambar) Lelaki Tidak Dikenali Lepaskan Beberapa Tembakan Rambang Ke Arah Penjara Alor Star.


ALOR SETAR: Dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba telah melepaskan beberapa das tembakan rambang ke arah Penjara Alor Star menggunakan pistol jenis Automatik malam tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang belaku kira-kira jam 11 malam itu mengejutkan kakitangan penjara yang bertugas mengawal pintu hadapan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, hasil maklumat awal salah seorang lelaki yang membonceng motosikal berkenaan telah turun dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah Penjara yang mengenai balai pengawal dan menara kawalan.

Bagaimanpun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan pihak polis telah berjaya menemui beberapa kelongsong peluru.

"Buat masa sekarang siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif tembakan terbabit dilepaskan ke arah Penjara Alor Setar, termasuk mengesan identiti suspek. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh," katanya. - Siakapkeli.my




#Panas di (Gambar) Lelaki Tidak Dikenali Lepaskan Beberapa Tembakan Rambang Ke Arah Penjara Alor Star
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment