(Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower Dengan Wira Mereka Diringi Tangisan Dan Suasana Pilu

(Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower Dengan Wira Mereka Diringi Tangisan Dan Suasana Pilu merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower Dengan Wira Mereka Diringi Tangisan Dan Suasana Pilu.


Kuala Lumpur: "Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Zaman Khan dan pegawai serta anggota bomba yang menyelamatkan kami," itulah luahan 'bayi ajaib' yang berjaya diselamatkan dalam tragedi runtuhan Highland Tower pada tahun 1993 lalu.

Nur Hamidah Nadjib, 24, yang ditemani ibunya, Umi Rasyidah Khoiruman, 43, ke Sri Pentas dilihat tidak dapat mengawal emosi apabila ditemukan dengan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan pagi tadi.

Umi dan Hamidah telah berjaya diselamatkan selepas 3 jam terperangkap dalam tuntuhan berkenaan di mana ketika itu Hamidah masih bayi.

"Hanya ucapan terima kasih dan doa supaya semua mereka diberkati Allah SWT mampu diucapkan atas kebaikan mereka," katanya dipetik laporan Harian Metro.

Suasana Sri Pentas yang mulanya agak meriah bertukar menjadi sebak dan pilu apabila buat pertama kali selepas 23 tahun dua beranak itu dipertemukan dengan pihak yang menyelamatkan mereka.

Menurut Umi Rasyidah, mereka pernah cuba untuk mengesan wira-wira yang menyelamatkan mereka ini namun gagal sehinggalah mereka bertemu hari ini.

Pertemuan penuh emosi itu telah disiarkan secara langsung oleh TV9 pada jam 12 tengah hari tadi.

Selepas ini, Hamidah dan Umi dijadualkan akan bertemu dengan anggota dan pegawai bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II Norizan Saad yang terbabit dalam operasi menyelamat 23 tahun lalu itu.


Sementara itu, Zaman berkata, dia bersyukur dan gembira dengan pertemuan berkenaan.

"Saya dah usaha untuk bertemu dengan mereka sejak dulu lagi..kini baru diizinkan Allah.

"Saya harap pertemuan ini akan jadi titik permulaan kepada hubungan yang sudah terjalin secara tidak langsung dalam tragedi 23 tahun lalu itu," katanya. - Siakapkeli.my



Berikut adalah sedutan penuh pertemuan antara bayi Highland Towers, Nur Hamidah Mohd Nadjib dan ibunya, Umi Rosyidah Khoiruman bersama penyelamat mereka, Tan Sri Zaman Khan.#OPPOF1 #OPPOMalaysia
Posted by Buletin TV3 on Sunday, March 27, 2016

#Panas di (Video) Pertemuan 'Bayi' Highland Tower Dengan Wira Mereka Diringi Tangisan Dan Suasana Pilu
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment