Melecur Terkena Kuah Tomyam, Budak Terima Ganti Rugi RM403,018.74

Melecur Terkena Kuah Tomyam, Budak Terima Ganti Rugi RM403,018.74 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Melecur Terkena Kuah Tomyam, Budak Terima Ganti Rugi RM403,018.74.


Kota Bharu, 29 Mac: Sebuah tadika diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM403,018.74 kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas didakwa cuai sehingga menyebabkan kanak-kanak itu melecur di beberapa bahagian anggota badan akibat terkena kuah tomyam.

Hakim, Adli Abd Ghalib membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan oleh Nur Airish Daniesya Norizal.

Mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi khas RM83,018.74, ganti rugi am RM220,000 dan ganti rugi teladan RM100,000.

Plaintif, melalui ibunya, Nur Ashikin M Ariffin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM500,000 terhadap tadika itu menerusi Tetuan Rozma Baharin & Coselepas didakwa cuai sehingga plaintif yang ketika itu berusia tiga tahun mengalami kecederan dan menanggung kesakitan berpanjangan.

Dalam penyataan tuntutan tersebut, ibu kandung plaintif menerima panggilan dari defendan yang mengatakan plaintif cedera dan melecur akibat terkena sesuatu sebelum dia dimaklumkan oleh kakitangan tadika defendan bahawa plaintif terkena kuah masakan panas. - Siakapkeli.my

#Panas di Melecur Terkena Kuah Tomyam, Budak Terima Ganti Rugi RM403,018.74
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment