Fasha Sandha Bahagia Tanpa Bekas Suami
Pelakon terkenal, Fasha Sandha yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya baru-baru ini menjelaskan bahawa hubungan beliau dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli hanya sekadar ayah kandung kepada anak-anaknya. Malah setakat ini, beliau tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarga beliau.
“Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya”
Jelasnya lagi, walaupun hidup bersendirian bersama anak-anak, kehidupannya jauh lebih tenang selepas berpisah dengan bekas suami, memandangkan perpisahan itu adalah jalan terbaik buat mereka berdua. Namun begitu, Fasha berasa bersyukur dengan apa yang terjadi dan menganggap ianya adalah takdir.(rkty/w)
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT
0 comments:
Post a Comment