(Gambar) Lelaki Tidak Dikenali Lepaskan Beberapa Tembakan Rambang Ke Arah Penjara Alor Star


ALOR SETAR: Dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal secara tiba-tiba telah melepaskan beberapa das tembakan rambang ke arah Penjara Alor Star menggunakan pistol jenis Automatik malam tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang belaku kira-kira jam 11 malam itu mengejutkan kakitangan penjara yang bertugas mengawal pintu hadapan sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, hasil maklumat awal salah seorang lelaki yang membonceng motosikal berkenaan telah turun dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah Penjara yang mengenai balai pengawal dan menara kawalan.

Bagaimanpun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan pihak polis telah berjaya menemui beberapa kelongsong peluru.

"Buat masa sekarang siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif tembakan terbabit dilepaskan ke arah Penjara Alor Setar, termasuk mengesan identiti suspek. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh," katanya. - Siakapkeli.my





by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment