Mahu Jenguk Ibu Bapa Sudah Pulang Bekerja, Budak 9 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 20

Mahu Jenguk Ibu Bapa Sudah Pulang Bekerja, Budak 9 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 20 merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Mahu Jenguk Ibu Bapa Sudah Pulang Bekerja, Budak 9 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 20.


Petaling Jaya, 30 Mac: Seorang budak lelaki berumur 9 tahun maut apabila terjatuh dari balkoni rumah keluarga di tingkat 20, Kondominium Palm Spring, Kota Damansara di sini malam tadi.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan mendapati hanya kakak dan abang mangsa yang berusia 17 dan 16 tahun berada di rumah.

"Mangsa terjatuh dari balkoni bahagian belakang dan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa maut sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan susulan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sementara itu, BH Online melaporkan, jiran mangsa yang enggan dikenali berkata ibu bapa kanak-kanak terbabit tiada di rumah ketika kejadian kerana sedang bekerja.

"Saya diberitahu kanak-kanak terbabit ingin melihat sama ada ibu bapanya sudah pulang atau tidak kerana kereta dinaiki pasangan itu sering diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan menghadap kediaman mereka.

"Ketika kejadian, saya dan beberapa jiran lain terdengar bunyi kuat sebelum melihat mayat kanak-kanak terbabit terbaring di atas permukaan tempat letak kenderaan berkenaan," katanya. Mayat kanak-kanak itu dihantar itu ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. - Siakapkeli.my

#Panas di Mahu Jenguk Ibu Bapa Sudah Pulang Bekerja, Budak 9 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 20
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment