Pulangkan Beg Pelancong Arab Saudi Beserta Isinya, Pekerja Tema Air ini Dipuji

Pulangkan Beg Pelancong Arab Saudi Beserta Isinya, Pekerja Tema Air ini Dipuji merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pulangkan Beg Pelancong Arab Saudi Beserta Isinya, Pekerja Tema Air ini Dipuji.

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Tindakan jujur seorang pekerja taman tema air di Sunway Lagoon mendapat pujian orang ramai.

Kisah kejujuran wanita tersebut yang berusia 57 tahun itu dikongsi oleh akaun Facebook Sunway Theme Parks Career & Community pada Rabu lalu.

Menurut laman Facebook tersebut, Paruvathy merupakan seorang pekerja yang bertanggungjawab menjaga kebersihan taman tema itu. Beliau telah berkhidmat selama lebih 20 tahun.

Kata laman Facebook itu juga, pekerja warga emas itu memulangkan semula beg yang mengandungi wang bernilai RM1,850 dan juga Riyal 7,244.00 beserta tiga pasport.

Laman Faceook itu juga berkata, dompet itu dipercayai milik seorang pelancong dari Arab Saudi.

Paruvathy menemui beg itu di atas sebuah kerusi ketika beliau pergi untuk makan tengahhari. Paruvathy kemudian bertindak memberikan beg itu kepada kaunter 'Lost and Found'.

Kejujuran akan melahirkan kecemerlangan. Ini merupakan satu contoh tindakan integriti oleh pekerja wira taman tema kami.

“Aunty Paruvathy saves the day!” tulis mereka.

Posting mengenai kisah Paruvathy telah menerima lebih 4 ribu likes srta dikongsi lebih dari 4,000 kali.

Tindakan jujur dari Paruvathy mendapat reaksi dari netizens yang rata-rata memuji tindakan itu dan berharap agar kisah Paruvathy dijadikan teladan.

Selain itu ada juga yang berkata Paruvathy perlu diberikan pengiktirafan dan perlu ditawar jawatan yang lebih tinggi dengan kenaikan gaji. - Siakapkeli.my


#Panas di Pulangkan Beg Pelancong Arab Saudi Beserta Isinya, Pekerja Tema Air ini Dipuji
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment