KPN Beri Penjelasan Mengapa Beliau Tidak Mohon Maaf Kes Aminulrasyid

KPN Beri Penjelasan Mengapa Beliau Tidak Mohon Maaf Kes Aminulrasyid merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri KPN Beri Penjelasan Mengapa Beliau Tidak Mohon Maaf Kes Aminulrasyid.


KUALA LUMPUR, 26 Mac - Berikutan dikecam hebat oleh pelbagai pihak kerana keengganan beliau memohon maaf ke atas kes remaja ditembak mati pada 2010, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tampil memberi penjelasan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis mendapati beliau bersalah kerana kemungkiran awam berhubung kematian remaja tersebut, Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh anggota polis, Kopeal Jenain Subi pada 2010.

"Saya mendapat banyak pertanyaan sama ada akan mohon maaf selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam buat keputusan terhadap kes sivil kematian Aminulrasyid. Saya tidak akan memohon maaf kerana kenyataan yang dibuat ketika itu adalah berdasarkan kepada fakta kes itu pada masa itu.

"Kalau mahkamah tidak membincangkan kewujudan dalam parang dalam kereta itu..itu bukan masalah saya. Tapi faktanya parang itu wujud dalam kereta itu dan kalau kita tengok rekod tengok pun, parang itu dihantar ke jabatan kimia untuk dibuat ujian. Tapi oleh kerana fakta parang tidak dibangkitkan semasa kes sivil itu..itu bukannya masalah saya,” kata Khalid semasa Program Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini, hari ini.

Khalid berkata, tidak timbul soalan untuk beliau minta maaf kerana didakwa berbohong atau sengaja membuat kenyataan untuk melindungi anggota polis.

"Itu tak benar. Jadi, tiada sebab mohon maaf. Saya tidak berlagak sombong atau riak tapi saya berpegang pada fakta kes itu. Saya tak pernah sebut arwah menggunakan parang itu saya cuma kata parang ditemui dalam kenderaan itu.

"Jadi jangan ada orang cuba nak memusingkan dan mengolah cerita lain pula...saya beri amaran jika ada pihak lain buat cerita lain saya akan ambil tindakan kerana apa yang saya sebut semasa menjadi Ketua Polis Selangor adalah berdasarkan fakta,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

#Panas di KPN Beri Penjelasan Mengapa Beliau Tidak Mohon Maaf Kes Aminulrasyid
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment