Buli : Pelajar Darjah 2 Disuruh Potong Lidah Sendiri merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Buli : Pelajar Darjah 2 Disuruh Potong Lidah Sendiri.
Klang, 26 Mac: Seorang ibu terkejut apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam satu kejadian yang berlaku di sekolah rendah di sini kelmarin.
Wanita tersebut menerima panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan bahawa anak lelakinya itu cedera pada lidah.
Wanita tersebut kemudian segera ke sekolah sebelum anaknya itu dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah untuk rawatan.
Sumber harian Metro berkata, setelah di desak, pelajar berusia lapan tahun itu menceritakan perkara sebenar.
"Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.
"Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.
Ibu mangsa berkata kini anaknya berada dalam keadaan baik.
"Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Sebelum ini, gambar pelajar tersebut yang dalam keadaan kesakitan menjadi viral di media sosial sehinggakan menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai.
Menerusi gambar yang viral, sebahagian kecil bahagian hadapan lidah mangsa dilihat terpotong. - Siakapkeli.my
#Panas di Buli : Pelajar Darjah 2 Disuruh Potong Lidah Sendiriby noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
apa nama sekolah rendah tu ya :-)
ReplyDelete