"Bersedia Benarkan Buka Pawagam Di Kelantan Tapi Wajib Patuhi Syariah" - Kerajaan Negeri
KOTA BHARU: Walaupun Kerajaan Negeri Kelantan Bersedia untuk membenarkan mana-mana syarikat untuk mewujudkan pawagam di Negeri itu, tetapi mereka tetap menegaskan tidak akan berkompromi dalam aspek-aspek Islamik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkatan, pihak penyedia pawagam perlu berfikir untuk mencari jalan dengan lebih kreatif bagi mengatasi sebarang isu apabila syarat ketat yang dikeluarkan kerajaan negeri.
Menurut Fattah, pihak pawagamtidak mempunyai masalah untuk mematuhi beberapa syarat asas eperti pengasingan tempat duduk lelaki dan perempuan serta tiada tayangan pada waktu solat Maghrib.
“Bagaimanapun syarat tidak ada sebarang tayangan sepanjang bulan Ramadan menjadi isu utama yang dibangkitkan dan perkara itu masih gagal diselesaikan, kerajaan negeri pula tidak akan berkompromi terhadap perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program penanaman pokok ‘AEON Hometown Forest’ di AEON Mall Kota Bharu, di sini semalam.
Tegas beliau, mereka boleh memasukan dalam acara tertentu pada bulan Ramadan selagi mana ia tidak melanggar syarat yang ditetapkan
“Kita ada garis panduan mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Walaupun kita buka ruang untuk hiburan, garis panduan itu wajib dipatuhi. Kalau sebulan sepanjang Ramadan tidak ada tayangan, mungkin mereka boleh buat aktiviti lain. Contohnya program konsultasi ke,” katanya.
Sebelum ini ada beberapa syarikat pengendali pawagam telah menyatakan minat untuk membuka pawagam di negeri berkenaan, namun beberapa syarat yang dikenakan itu tidak dapat dipenuhi oleh mereka. - Siakapkeli.my
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment