Kereta Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju

Kereta Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Kereta Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju.


KUALA LUMPUR: Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, lapor Malaysiakini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kebanyakkan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah atas urusan rasmi kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi."

"Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis."

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu."

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat. - Siakapkeli.my

#Panas di Kereta Milik Kerajaan Dikecualikan Daripada Saman Had Laju
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment