(12 Gambar) Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa Kesan Fenomena El Nino
(12 Gambar) Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa Kesan Fenomena El Nino merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri (12 Gambar) Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa Kesan Fenomena El Nino.
TEMERLOH: Berikutnn fenomena El Nino kini yang melanda negara di mana suhu di beberapa kawasan yang mencatatkan suhu sehingga lebih 36 darjah Celsius telah menyaksikan Sungai Pahang mengalami air surut dan cetek luar biasa, lapor Sinar Harian.
Hasil tinjauan, kelihatan beting pasir mula jelas kelihatan di sepanjang sungai yang sekali gus menjejaskan nelayan yang menjadikan sungai Pahang sebagai tempat mencari rezeki.
Air yang surut turut menampakkan beting pasir melebihi dua meter dan ada kawasan yang boleh diseberangi dengan berjalan kaki.
Kelihatan juga penduduk sekitar yang turun untuk mencari sejenis siput yang dikenali sebagai etok yang merupakan makanan popular di Pantai Timur.
Seorang penduduk, Mohamad Othman, 54, berkata, kemarau kali ini dilihat amat luar biasa.
Menurutnya, banyak aktiviti ekonomi terganggu terutama penternakan ikan sangkar dan pertanian yang hampir menyamai situasi kemarau pada 1977.
“Jika kemarau berterusan, saya rasa rekod keadaan sungai yang cetek yang pernah berlaku pada 1977 mungkin berulang kembali,” katanya di sini semalam. - Siakapkeli.my
#Panas di (12 Gambar) Sungai Pahang Surut Dan Cetek Luar Biasa Kesan Fenomena El Nino
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment