KETUA POLIS NEGARA MILIKI RUMAH RM5.5 JUTA


Khalid-Abu-Bakar
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan melayan dakwaan Datuk R Sri Sanjeevan yang beliau memiliki sebuah rumah banglo bernilai RM5.5 juta di Negeri Sembilan.

Sebaliknya, Khalid berkata perkara itu sudah dilaporkan pengerusi badan pemantau MyWatch itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya serahkan kepada mereka,” kata Khalid dipetik akhbar TheSun.

Khalid menyifatkan Sanjeevan seorang yang terdesak disebabkan pelbagai tindakan polis ke atasnya.

Semalam, Sanjeevan dalam laporannya kepada SPRM mendakwa Khalid memiliki sebuah rumah mewah di Mantin, dan berkata beliau mempunyai dokumen membuktikan tuduhan itu.

Ogos lalu, Sanjeevan menyerahkan dokumen pendaftaran syarikat kepada SPRM bagi menyokong dakwaan sebuah syarikat senjata api dikaitkan dengan adik Khalid, Datuk Abdullah Abu Bakar.



Minggu lalu, polis Bukit Aman bertindak menyerbu kediaman Sanjeevan di Kajang, dan menyita beberapa kenderaan yang didaftarkan atas namanya.

Sitaan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Seksyen 45.

Sanjeevan ditahan pada 22 Jun kerana disyaki melakukan pemerasan dan ugutan jenayah.

Aktivis 32 tahun itu diberkas Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) sebaik sahaja didakwa menerima wang perlindungan RM25,000 daripada pengadu, seorang pengusaha judi haram berusia 38 tahun.


Polis serbu rumah Sanjeevan, rampas kereta dan motosikal

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment