Awas Aktiviti Pukau Oleh Seorang Mak Cik Tua.


Oleh Mizs Kayra Kyrana

Saya bukan nak buat viral tetapi saya rasa adalah wajar untuk saya kongsikan kepada semua khususnya yang tinggal di bandar Sandakan. 

Tengah hari tadi, saya, ibu dan adik-adik singgah solat di Masjid Bandar Sandakan. Ibu dan adik pergi solat dulu sementara saya dengan adik bongsu menunggu di dalam kereta. 

Tiba-tiba datang seorang makcik mengetuk tingkap kereta. Saya buka sikit dan dia memandang saya dan berkata,

"Dik, minta aku duit mu. Aku mau pergi Batu 16. Jadi tambang mau pergi ke sana RM20. Ada keluarga sakit," katanya. 

Saya pun terus ambil duit di poket seluar. Tengok-tengok tak ada duit kecil, yang ada pun RM100. Macam mana nak pecahkan, lagipun tiada kedai yang berhampiran. Periksa dompet, ada RM10 dan hulur pada makcik itu. 

"Ai? Sikitnya dik? Kedekut juga kau ni. Tambang ke Batu 16, mau RM20 bah tu. Jauh ni dari bandar," katanya. 

Mak aih! Sentap betul dengan ayat dia. Selepas itu dia ternampak adik bongsu saya pegang duit RM10 yang diberi oleh kak long tadi. 

"Tu ada dia pegang RM10. Bagilah pada aku. Ada lagi tu beg merah tu (beg ibu)," katanya. 

"Ai makcik? Kan saya sudah bagi tadi RM10, memaksa pula makcik ni. Itu duit adik saya, makcik mana boleh ambil? Saya sudah ikhlas bagi tadi dengan makcik," kata saya. 


by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment