Janna Nick Dan Isu " Body Shaming"
Agak kecoh sebentar media sosial baru-baru ini dengan isu Janna Nick yang dikecam “mat saleh” kerana meninggalkan komen “body shaming” terhadap seorang artis Hollywood iaitu Ruby Rose. Janna mengkritik badan Ruby Rose terlalu kurus dan ia mengundang kemarahan peminat artis antarabangsa itu yang menganggap ia sebagai satu “penghinaan” kepada artis pujaan mereka itu.
Sedar kelakuannya yang memberikan komen tentang fizikal seseorang itu kurang sopan, Janna telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Saya minta maaf di atas kebodohan saya. Saya sudah lama mengikuti Ruby Rose di Instagram dari zamannya berisi hingga kurus. Saya sendiri tidak tahu wujud terma ‘body shaming’ iaitu komen atau sikap negatif terhadap saiz dan berat badan seseorang sedangkan saya tidak bermaksud apa-apa.
Komen itu sebenarnya saya tulis sejak lima bulan lalu. Tapi apabila Instagram mengemaskini sistem, komen saya secara automatik dilihat individu yang saya ikuti di laman bergambar berkenaan. Sebab Saya pun awalnya tidak tahu budaya orang sana berhubung komen fizikal secara terbuka adalah sesuatu yang dianggap menghina. Saya sendiri ramai memberi komen ‘gemuk’ tetapi saya okey saja.Sebagai manusia saya tidak lepas melakukan kesilapan. Kalau pandai sangat, saya mungkin sudah jadi doktor. Kini saya tahu ‘body shaming’ itu tidak elok.
Janna pada masa yang sama berharap agar artis Malaysia lain tidak terkena tempias kerana kesilapan yang beliau lakukan. Menurutnya, beliau tidak mahu orang lain mempunyai persepsi negatif terhadap artis tempatan.
Saya minta maaf kalau komen ditulis untuk Ruby itu buat semua sakit hati. Tetapi jangan babitkan artis Malaysia yang lain kerana saya seorang saja yang bebal.Tegurlah, saya boleh terima dengan hati terbuka. Kita manusia boleh tahu membezakan perkara positif dan negatif.
Kesilapan lalu mengajar kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Kini Janna sudah tahu apa yang beliau lakukan itu agak tidak sopan dan tidak menjaga sensitiviti pihak lain. Harapnya perkara ini tidak akan berulang lagi dan menjadi pengajaran buat orang lain.
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
0 comments:
Post a Comment