Sebab foto seks? Teruskan cari saya di Google, kata Atikah Suhaime



 

KUALA LUMPUR, 23 Dis ― Terkejut berada di tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari di Malaysia, Atikah Suhaime berkata “teruskan mencarinya”.

Hanya bakal presiden Amerika Syarikat mengatasi nama gadis ini dalam senarai 10 personaliti paling banyak dicari pengguna internet Malaysia di Google bagi tahun ini.

Atikah malah lebih digemari berbanding pelakon Korea, Song Joong-ki, yang berada di tempat ketiga atau penceramah popular Dr Zakir Naik (tempat kelapan).

Dilanda kontroversi foto lucah bersama seorang lelaki menjelang sambutan Aidiladha pada September lalu, beliau bagaimanapun tidak fikir dirinya sebegitu popular.

“Saya tidak rasa saya adalah personaliti popular tetapi masyarakat mungkin ingin tahu tentang saya dan sebab itu mereka cari saya di Google.

“Dan saya harap sikap ingin tahu mereka mengenai saya berterusan kerana saya akan bawakan sesuatu yang baik untuk mereka tahun 2017,” kata heroin Volkswagen Kuning kepada ProjekMMO.



http://ift.tt/2i7dRD2 >

Namun Atikah, 25, enggan mengulas sama ada namanya melonjak naik akibat foto lucah tersebut.

“Boleh kamu tanya saya soalan yang lebih positif?” kata pelakon kelahiran Singapura itu sewaktu disoal sama ada ia menjadi faktor carian namanya begitu popular di Google.

Pernah dibekukan enam bulan oleh stesen TV susulan dakwaan video seks tahun lalu, Atikah kembali berlakon awal tahun ini.

Namun, namanya disebut semula selepas beberapa foto intim bersama seorang lelaki yang tidak diketahui tarikhnya tersebar di sebuah forum atas talian.

Satu foto itu menunjukkan lelaki berkenaan tidak berbaju dan hanya bertopi sambil memeluk wanita tersebut, yang berbaju biru, dari belakang.

Atikah bagaimanapun menafikan beliau adalah individu dalam foto tersebut.

http://ift.tt/2i0AziN >

Ketika dihubungi melalui WhatsApp, Atikah berkata pihaknya bakal melancarkan produk kecantikan bulan depan.

“Saya akan keluarkan produk kosmetik saya sendiri TikaMe pada Januari ini, bermula dengan maskara,” kata pelakon filem My Stupid Boss.

“Dan lakonan drama juga akan disiarkan tidak lama lagi, saya akan maklumkannya di Instagram.”

Menurut senarai Google Malaysia, Margot Robbie, pelakon The Wolf of Wall Street, berada di tangga kelima, selepas penyanyi remaja yang makin meningkat popular Aiman Tino.

Zakir di belakang pelakon Syatilla Melvin dan Nadia Nordin, wanita yang dikaitkan dengan video insiden pukul di sebuah hotel di Golok, selatan Thailand pada hujung September lalu.

Pemain badminton Lin Dan dan calon Demokrat, Hillary Clinton masing-masing berada di tangga kesembilan dan terakhir. 



SUMBER :
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment