Lelaki ditahan belasah isteri hidang lauk sejuk


pukul
MIRI: Seorang penternak ayam ditahan polis kerana memukul isterinya dengan tali pinggang dan rotan di Kampung Jagus Lambir, Miri, semalam.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 33 tahun itu memukul mangsa berusia 34 pada 4 petang Ahad kerana marah dihidangkan lauk yang sejuk.

“Apabila mangsa mahu memberi anjing makan lauk yang dimasak, suspek marah dan memukul pengadu menggunakan tali pinggang dan rotan,” katanya hari ini.

Khoo berkata, mangsa seorang suri rumah mengalami kesan lebam dan calar akibat dirotan dan dipukul dengan tali pinggang di kaki, tangan dan seluruh badan.

“Mangsa sering dipukul suspek,” katanya sambil menambah suspek kini ditahan reman 3 hari sehingga Khamis ini.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment