Bapa curi baju sekolah tidak layak terima bantuan JKM


rohani
PUTRAJAYA: Seorang bapa yang ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan termasuk keperluan persekolahan di sebuah pasar raya di Johor Bahru semalam tidak layak sebagai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pegawai kementerian yang membuat semakan mendapati lelaki itu mempunyai pendapatan dan berkemampuan.

“Pihak kami (kementerian) akan memberi bantuan dari segi kaunseling kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kelengkapan sekolah ‘Kembali Ke Sekolah’ di sini hari ini.

Menurut Rohani, anak sulung lelaki itu juga baru berusia 3 tahun dan tiada keperluan untuknya mendapatkan baju sekolah.

Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan selama 13 tahun ditahan selepas didapati mencuri pelbagai barangan bernilai RM415.06 di pusat beli-belah itu.

Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis, namun siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.



Laman media sosial semalam hangat dengan perdebatan netizen yang mempersoal mengenai bantuan yang sepatutnya dihulurkan kepada lelaki sehingga terpaksa untuk mencuri.

Terdahulu, Rohani menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada 500 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak (RKK) Rembau dan RKK Tengku Budriah yang disumbangkan oleh Universiti Tun Abdul Razak.Katanya JKM mempunyai 13 RKK di seluruh negara yang merupakan institusi tempat selamat bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment