Zizan Razak "Terkejut" Dengar Pengakuan Bekas Isteri Eizlan Yusoff
Datuk Eizlan Yusoff, Vie Shanti menyangkal dakwaan yang menyatakan dirinya sedang bercinta dengan Zizan Razak.
“Sebelum ini, saya berdiam diri bukan kerana apa yang dikatakan itu benar. Saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan hingga tidak mempunyai masa untuk mengulas mengenai hal remeh-temeh ini.
“Namun, apabila fitnah ini semakin berleluasa hingga mengheret nama saya di ruang gosip dalam akhbar dan laman sosial, saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkannya,” katanya.
Gosip liar yang membabitkan dirinya dengan Zizan sebagai keterlaluan dan melampaui batas malah turut memberi kesan kepada reputasinya, apatah lagi kerana ia membabitkan hal peribadi.
“Saya ingin menyatakan, gosip liar kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan adalah tidak benar sama sekali. Saya hanya mengenalinya sebagai sahabat biasa, tambahan pula Zizan adalah rakan kepada adik lelaki saya yang juga terbabit dalam industri yang sama,” tambahnya.
0 comments:
Post a Comment