Ini Punca Punggung Dan Paha Wanita Besar. Memang Pelik.
Bahagian atas tubuh langsing tapi bahagian punggung dan kaki hmmm... Nampak tak seimbang. Jika diperhatikan makin ramai wanita sekarang yang mengalami masalah paha dan punggung besar. Seakan sudah menjadi pemandangan biasa pula. Kenapa berlaku pada wanita? Adakah faktor selalu duduk dan tiada senaman? Tidak semestinya, ini dia sebab yang perlu anda fahami.
Pengaruh hormon
Lelaki dan wanita mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon. Hormon estrogen pada wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian peha dan punggung, mana kala hormon testosteron menyebabkan lemak pada lelaki lebih banyak terkumpul di bahagian perut. Tapi lemak ini pada paha dan pungggung untuk wanita ini sebenarnya penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Sebab itu orang kata wanita punggung besar lebih subur.
Bentuk tubuh
Bentuk tubuh mempengaruhi ukuran peha dan tubuh anda. Wanita dengan bentuk tubuh seperti buah pir akan mempunyai ukuran peha dan punggung lebih besar dan lebar berbanding saiz normal. Anda tidak boleh mengubah bentuk tubuh, Jika anda punya tubuh bentuk pir, anda harus bekerja keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping.
Otot
Punca lain anda punya ukuran paha dan punggung yang besar adalah kerana anda secara semula jadi sudah mempunya otot peha yang besar. Otot paha meski keras dan tidak berlemak tapi tetap dilihat sebagai besar.
Senaman mengecilkan punggung dan paha
Bagi anda yang mempunyai bentuk badan sebegini, janganlah kecewa kerana anda masih boleh mendapatkan kaki dan punggung yang mantap dengan senaman sesuai. Cuba senaman ini:
Lakukan aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat, seperti berbasikal, berlari, dan lompat tali. Lakukan aktiviti selama 60 minit sebanyak lima kali dalam seminggu untuk menghilangkan lemak di paha.
Anda boleh cuba berlari menaiki atau menuruni bukit, atau melakukan sesuatu yang lebih mudah seperti naik-turun tangga di rumah anda. Itu boleh membantu membakar lebih banyak kalori pada tubuh, terutama peha.
Senaman aerobik cukup baik untuk membakar kalori dan membantu anda mengurangkan berat badan yang akan mengecilkan perut dan paha anda dengan cepat.
Akan tetapi senaman saja tak memadai untuk mengecilkan dua bahagian ini jika anda terus mengambil makanan tinggi kalori dan lemak. Oleh itu kurangkan makanan sebegini dalam diet harian. Makan banyak sayur dan buah-buahan sebagai ganti makanan ringan. Pilih lemak tak tepu yang sihat dan bukannya lemak trans. Ini dapat mengelakkan lemak trans itu berkumpul di paha anda.
0 comments:
Post a Comment