26/10/2015 Pengalaman yang AMAT TERUK di Bentong! SILA SHARE!




26/10/2015 Pengalaman yang AMAT TERUK di Bentong! SILA SHARE!

Lebih kurang 1 bulan lepas, kereta saya ada masalah di bahagian battery dan kedai battery mengenalkan saya hantar kereta ke bengkel bernama BENTONG BENZ AUTO di Taman Mawar Indah berdekatan Jalan Kuala Lumpur lama (Bentong 12 Kedai) untuk dibaiki. Saya tinggalkan kereta di bengkel tersebut sebab pekerja India tidak tau macam mana nak check dan kena tunggu Boss balik check.

Petang hari yang sama, boss bengkel tersebut call saya dan bagitau bahawa kereta saya ada masalah wiring yang serius di bawa dashboard dan radio. Anggaran ambil masa kurang-kurang 2 minggu untuk baiki. Kos baiki lebih kurang 2-3 ribu.

Saya tidak setuju dan kembali ke bengkel tersebut dan ingin ambil balik kereta saya untuk hantar ke Kuala Lumpur check. Boss tu minta saya bayar RM150 untuk kos memeriksa. Saya terkejut sebab dia tidak bagitau dahulu sebelum dia check. Saya enggan bayar RM150 dan cuma bayar RM50 sahaja. Boss tu marah saya seperti pengemis, dan kata mau ajar saya jadi orang!

Lepas saya balik Kuala Lumpur, didapat tahu kereta saya hanya cable di bahagian battery longgar dan lepas di screw balik, masalah diselesai. Saya masih bimbang dan tidak buat apa-apa ulasan. Lepas 1 bulan saya bawa kereta saya memang tak ada masalah lagi.

Hari ini saya dengan abang saya kembali ke bengkel tersebut dan ingin berunding sama boss tersebut supaya menunjukkan report yang dia check pada hari tu atau resit. Boss bengkel tu terus masuk office dia dan ambil satu pasang gali besi dan keluar, dan suruh kami pukul dia.

Kami bagitau bahawa kami bukan nak cari gaduh tetapi untuk dapatkan alasannya tentang apa yang dia periksa kereta saya 1 bulan lepas. Dia enggan jawab dan langgar bahu abang saya dengan bahu dia. Lepas tu dia pura-pura jatuh atas lantai dan bingkas bangun dan mengejar abang saya. Abang saya terus larikan diri dan boss tu terus berpusing balik ke arah saya dan memukul muka saya dengan gali besinya.

Kami tidak sempat nak tahan dan tidak sangka boss tu boleh macam ini gila dan kuat badannya! Muka saya berdarah parah dan saya rasa nak pengsan. Saya jerit pertolongan dari abang, dia patah balik. Saya nampak boss tu nak pukul abang saya, saya terus berpeluk badan dia untuk berhentikan dia. Dia tidak berhenti untuk menghantam muka saya dengan gali besi tu sampai saya boleh rasa darah saya meletus dari muka saya.

Tiba-tiba kita tiga-tiga berpeluk di atas lantai. Dan dengan mengagumkan tangan saya telah lock tangan kanan ( bersenjata ) dan lehernya. Dia tidak dapat bergerak lagi sebab saya teleh mengeluarkan kesemua tenaga yang saya masih ada lagi untuk lock dia. Kami minta dia lepaskan senjata dan berhenti hantam. Dia enggan dan terus pegang gali besi tu dengan kuat.

Nampaknya kami telah berjaya menahan dia, kami minta orang yang ada di tepi untuk lapor polis. Semasa itu ada satu uncle Melayu umur lebih kurang 50 lebih disangka customernya, mungkin terperanjat dan terus berdiri diam sahaja di tepi dan tidak buat apa-apa. Di sampingnya, ada 3 lelaki India dan 2 lelaki Melayu disangka pekerjanya hanya berdiam di tepi dan salah satu orang masih ambil video dengan Handphonenya.

Agak-agak lepas 1 minit, boss tu hampir nak patahkan ibu jari abang saya sampai dia terjerit! Lepas tu pekerja indianya bermula datang untuk tolong bossnya. Salah satu orang cuba tarik keluar abang saya. Kami tau jika boss itu terlepas, dia akan terus hantam muka kami dengan gali besi tu. Saya terus gigit bahu tangan kirinya dengan sedaya upaya sampai dia lepaskan gali tersebut.

Kami merampaskan gali tersebut dan terus melarikan diri ke balai polis Bentong.semasa kami di kereta. 3 pekerja Indianya masih mau tahankan kereta kami dan ambil balik gali tersebut. Saya terus tekan minyak dan lari.

Kami sampai di Balai Polis Bentong, polis nampak saya telah cedera parah, dan bagi satu surat untuk pergi ke hospital untuk dirawat dahulu baru buat report. Kami pun pergi hospital. Yang menariknya boss itu telah sampai di hospital dahulu sebelum kami sampai..... Dia buat macam susah nafas dan muka macam mau mati. Dan dia pergi buat laporan polis juga selepas Doctor check badannya tak ada apa-apa masalah.

Doctor telah menjahit 12 jahitan di tepi mata sebelah kiri saya dan 5 jahitan di belakang telinga. Tulang kepala saya pun dah retak. Lepas rawatan, saya ambil report dan kembali balik Balai Polis Bentong untuk ambil statement. Sementara ini pihak polis kata masih dengan siasat dan CCTV Bengkel tersebut adalah palsu. Tiada apa-apa record. IO in-charge marah kami kenapa pergi sibuk orang punya pasal!! Sampai pukul 10 malam baru keluar dari balai polis.

Saya berharap mangsa-mangsa yang telah ditipu boleh ceritakan sedikit supuya orang lain tidak jadi mangsa lagi.

Minta pertolongan rakan-rakan yang saya tag sila sharekan! Terima kasih banyak-banyak


by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment