SEDIH !!! MATI DICEKIK DI TERENGGANU, MAYAT DIBUANG DI CYBERJAYA

 


Cemburu punya pasal. betullah kata orang cemburu boleh buat orang jadi gila...hilang akal.

Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor.

Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.

Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.

Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama suspek ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan dari ibu negara.

Namun, dalam perjalanan kedua-dua mereka dipercayai bertengkar mengenai orang ketiga dan menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain sehingga suspek mencekik mangsa sehingga mati di satu kawasan dekat Penarik, Terengganu.

Disebabkan mangsa telah meninggal dunia, suspek mengambil keputusan berpatah balik dari Penarik ke ibu negara, namun setibanya di Cyberjaya, suspek mencampakkan mayat mangsa dari jambatan tersebut.

Rabu lalu, mayat Rosshida ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang.

Turut ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai tunang Rosshida di Cyberjaya semalam bagi membantu siasatan dan suspek yang berasal dari Kota Bharu mengaku mencampakkan mangsa di tempat kejadian.

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via berita rakyat

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment