AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA
AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA
Terkini, pelawak, Yus Jambu atau Yussry bin Edoo, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang.
Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Pak Yus berasal dari Perlis, dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Perkara itu juga dimaklumkan oleh rakan baiknya, Tauke Jambu, Adflin Shauki, Jehan Musa dan beberapa artis yang lain.
"salam semua kawan2 dan sahabat2 jambu saudaraku yussry bin edoo @pakyuih @yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah" - Tauke
Menurut sumber, Allahyarham sempat membuat persembahan di Dataran Merdeka malam tadi sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang.
Antara adegan lawak yang paling meninggalkan kesan mendalam pada peminat dan penonton, 'Boleh Tuju Lagu?', 'Nak Kicap?', 'Cike Cike Kemaruwei', 'Yaya Torre Manchester City Rawang', 'Punchline Ada Di Mana-Mana, Di Kokdiang, Di Jeniang,' seringkali membuatkan penonton geli hati.
Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.
Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut.
Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark AL-FATIHAH, YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment