" Lepas 5 minit Solat Taubat, Suami Saya Ditemui..."- LUAHAN KISAH TRADEGI MINA



Makkah – Isteri jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, reda dengan ketentuan Ilahi kerana suaminya sememangnya sangat berhajat untuk berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina, bagi melaksanakan ibadat mel0ntar pada waktu duha (antara 7 pagi hingga 11 pagi)......

Suriahanim Abd Hamid, 40, berkata pada awalnya beliau cuba menghalang suaminya, Zulkifly Samad, 50, berbuat demikian kerana tindakan itu nyata tidak mengikut nasihat Tabung Haji (TH) yang telah menetapkan waktu untuk jemaah Malaysia melakukan ibadat mel0ntar di Mina, selepas 5.30 petang......

“Memang niatnya hendak berjalan kaki dari Muzdalifah ke Mina (selepas berwukuf di Arafah pada 23 Sept), kami naik bas bersama ke Muzdalifah (untuk bermabit) dari Arafah. Riak wajahnya berubah bila saya tidak bersetuju......

“Saya bersetuju akhirnya, arwah suami mahu berjalan kaki ke Mina (kira-kira 3 kilometer) sebagai mengikut Sunnah Rasullulah. Pada 7.30 pagi (24 Sept) saya menelefon suami dan suami maklumkan dia sudah sampai ke Mina,” katanya di sini.

Suriahanim berkata dia meminta suaminya pulang ke khemah Malaysia dahulu untuk berehat sebelum melaksanakan ibadat melontar, namun suaminya bertegas untuk melakukan ibadat melontar di Jamrah Kubra pada waktu duha.

“Saya mendapat maklumat berkenaan insiden rempuhan di Mina itu pada kira-kira 1.30 tengah hari (kejadian pada 11.30 am) dan saya mula menelefon suami, tapi tak berjawab,” katanya.

Suriahanim berkata beliau membuat laporan pada 11 malam hari kejadian kepada TH selepas suaminya masih tidak pulang ke khemah mereka............

TH kemudiannya melancarkan usaha mencari di sekitar kawasan Kompleks Jamrah (kawasan melontar) dan Mina tetapi gagal, sebelum tindakan terakhir dengan mencari di rumah mayat Muassiem di Mina..........

“Terlalu berat ujian untuk saya dalam mengerjakan haji ini, arwah seorang suami yang sangat baik, tak pernah tinggikan suara, selepas hari terakhir di Mina (selepas selesai semua ibadat melontar semalam), saya balik ke Makkah dan di Masjidil Haram, saya solat taubat dan bersolat hajat.

“Selepas sahaja selesai solat taubat pada kira-kira 1.30 petang (27 Sept), Tabung Haji hubungi saya untuk membawa saya bagi proses pengecaman,” katanya yang memiliki seorang anak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan bersama arwah suaminya itu.

Jenazah Zulkifly selamat dikebumikan di tanah perkuburan syara’ik di Makkah pada 2.50 pagi ini (7.50 pagi waktu Malaysia) selepas Suriahanim melakukan proses pengecaman jenazah suaminya itu di rumah mayat Muassiem di Mina, malam tadi.

Lebih 700 jemaah haji dilaporkan terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku pada 11.30 pagi pada 24 Sept lepas di kawasan perkhemahan jemaah negara-negara Arab, yang terletak kira-kira empat kilometer dari perkhemahan jemaah Malaysia.......
.
Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata TH hanya mula dibenarkan untuk membuat pemeriksaan terhadap jenazah yang terkorban dalam insiden rempuhan itu bermula semalam (27 Sept).........

“Jenazah dikebumikan berkapankan kain ihram yang dipakainya, semoga Allah mencucuri rahmat-Nya dan menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang bertakwa,” katanya.

sumber http://ift.tt/1hfeatB


by noreply@blogger.com (aku newbies) via pasembur

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment