PELIK-PELIK!!! Perut Semakin Membesar Disangka Bayi, Rupa Rupanya….
Perut Semakin Membesar Disangka Bayi, Rupa Rupanya….|Seorang wanita di Taman Aman dekat sini, menderita penyakit misteri sejak dua tahun lalu apabila perutnya semakin membesar.
Samsaliza Samuri, 41, berkata, bukan sekadar perutnya membengkak, malah kakinya turut mengalami keadaan sama sehingga menyukarkannya bergerak.Menurut ibu seorang anak itu, hasil pemeriksaan di hospital mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit.
“Dalam perut saya seolah-olah ada bayi walaupun tak mengandung. Saya juga tak dapat tidur lena dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja sebelum terjaga semula.
“Selepas bernikah dua tahun lepas dengan suami baru, saya demam dan kebas-kebas. Tak lama lepas itu perut saya bengkak dan membesar awalnya saya menyangka itu adalah bayi.
“Selera makan juga makin kurang, makanan dijamah tak diterima tekak,” katanya ditemui di kediamannya sempena Program Ziarah Kasih Maal Hijrah, kelmarin.
Katanya, kini keadaannya bertambah baik selepas berikhtiar melalui cara perubatan kampung, namun masih belum pulih sepenuhnya.
Tambahnya, dia yang berasal daripada Felda Air Tawar 3 menetap di rumah ibu mertuanya selepas berkahwin dengan suami yang bekerja sebagai pemandu lori.
Terdahulu, pada lawatan itu, Samsaliza menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan yang diserahkan Adun Johor Lama, Asiah Md Ariff.
Program anjuran Jawatankuasa Penyelaras Mukim Mukim (JPMM) Dun Johor Lama, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) dan Bank Muamalat itu melawat ke 25 rumah penerima kurang bernasib baik.
Ziarah turut disertai Skuad Sayang Wanita Umno bahagian itu membabitkan Kampung Bukit Samsu, Kampung Batu 1, Taman Bendahara, Kampung Tembioh, Taman Desa Sejahtera dan Kampung Makam.
Hadir sama, Penghulu Mukim Kota Tinggi, Zainuddin Zainal Abidin, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok, Ketua Kampung Makam, Md Samin Jaji, Pegawai Jasa Dun Johor Lama, Mohd Salim Aripin.
Samsaliza Samuri, 41, berkata, bukan sekadar perutnya membengkak, malah kakinya turut mengalami keadaan sama sehingga menyukarkannya bergerak.Menurut ibu seorang anak itu, hasil pemeriksaan di hospital mengesahkan dia tidak mempunyai sebarang penyakit.
“Dalam perut saya seolah-olah ada bayi walaupun tak mengandung. Saya juga tak dapat tidur lena dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja sebelum terjaga semula.
“Selera makan juga makin kurang, makanan dijamah tak diterima tekak,” katanya ditemui di kediamannya sempena Program Ziarah Kasih Maal Hijrah, kelmarin.
Katanya, kini keadaannya bertambah baik selepas berikhtiar melalui cara perubatan kampung, namun masih belum pulih sepenuhnya.
Tambahnya, dia yang berasal daripada Felda Air Tawar 3 menetap di rumah ibu mertuanya selepas berkahwin dengan suami yang bekerja sebagai pemandu lori.
Terdahulu, pada lawatan itu, Samsaliza menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan yang diserahkan Adun Johor Lama, Asiah Md Ariff.
Program anjuran Jawatankuasa Penyelaras Mukim Mukim (JPMM) Dun Johor Lama, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) dan Bank Muamalat itu melawat ke 25 rumah penerima kurang bernasib baik.
Ziarah turut disertai Skuad Sayang Wanita Umno bahagian itu membabitkan Kampung Bukit Samsu, Kampung Batu 1, Taman Bendahara, Kampung Tembioh, Taman Desa Sejahtera dan Kampung Makam.
Hadir sama, Penghulu Mukim Kota Tinggi, Zainuddin Zainal Abidin, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Fauzi Bachok, Ketua Kampung Makam, Md Samin Jaji, Pegawai Jasa Dun Johor Lama, Mohd Salim Aripin.
by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem
0 comments:
Post a Comment