AMAT KEJAM CIKGU DIARAH GUGURKAN KANDUNGAN ATAU DIPECAT SERTA MERTA



AMAT KEJAM Cikgu Diarah GUGURKAN KANDUNGAN Atau DIPECAT Serta Merta!!!

Sangat2 KEJAM Cikgu Diarah GUGUR KANDUNGAN Atau DIPECAT Serta merta !!! | Seorang guru yg sebelum ini mendapat izin menambah anak diarahkan menggugurkan kandungannya selepas dipindahkan tempat bertugas berikutan sekolah barunya mempunyai undang2 berlainan.

blogger-image-491071052.jpg

Sekadar Gambar Hiasan.

Guru yang sedang hamil itu, Qin Yi dan suaminya Meng Shaoping memiliki anak dgn pasangan terdahulu.

Ia menyebabkan pasangan yg baru berkahwin itu tidak dibenarkan utuk mempunyai zuriat menurut peraturan wilayah Guizhou, kata biro pendidikan serta suruhanjaya kesihatan & perancang keluarga di daerah Libo, Guizhou dalam kenyataan bersama, semalam.

Menurut notis yang diedarkan dalam talian dan akhbar tempatan, Qin yang kini hamil lima bulan, harus menggugurkan kandungannya hujung bulan ini sekiranya tidak mahu dipecat dari jawatannya.

Kenyataan itu disahkan pegawai dari suruhanjaya berkenaan.

Menurut pegawai itu yang juga bernama Qin, pasangan itu sebelum ini memohon kebenaran untuk mempunyai anak dari pihak berkuasa di bandar Huangshan, timur wilayah Anhui, tempat dia mendaftarkan kediamannya.

Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada Qin menukar lokasi kediamannya kepada Anhui awal tahun ini bagi mendapatkan kebenaran untuk melahirkan anak berkenaan.

Wilayah Anhui membenarkan pasangan memiliki satu anak lagi sekiranya mereka tidak mempunyai lebih dua anak hasil perkahwinan terdahulu. Agensi via THEHYPEMEDIA.

by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment