Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak
Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak
Pelawak Zizan Razak menjelaskan dia tidak ambil pusing sekiranya ada pihak menganggap kemenangannya di Super Spontan All Stars membuktikan imejnya kian pulih selepas pernah dipalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.
Menurut Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, fokus utama dirinya hanya mencari rezeki untuk ahli keluarga selain cuma untuk menghiburkan peminat.
“Yang menentukan jatuh bangunnya seseorang individu itu datang dari Allah SWT. Alhamdulillah rezeki saya okay sahaja, tiada yang lebih mahupun kurang.
“Seperti biasa kadang kala cerita dari mulut ke mulut yang banyak mengatakan seperti itu. Tapi pada saya terserah orang nak cakap apa, janji saya tahu kerja saya selesai, selamat dan berjalan lancar. Sebab saya cari rezeki untuk ahli keluarga dan hanya untuk hiburkan peminat,” jawab Zizan Razak ditemui selepas diumumkan sebagai juara Super Spontan All Stars yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Tambah Zizan, kemenangannya di Super Spontan All Stars bukan untuk merebut kejuaraan atau cuba membuktikan siapa lebih bagus di antara enam finalis yang bersaing.
“Tangisan saya sebentar tadi kerana gembira dengan rezeki Allah SWT. Saya dan lima finalis yang lain berdiri di atas pentas bukan kerana ingin bertanding tetapi dengan niat untuk menghiburkan para penonton dan peminat.
“Pada saya, tiada apa yang cuba dibuktikan oleh kami semua kerana semua hebat-hebat belaka. Bila masuk final semuanya pemenang,” ujar Zizan.
Jelas Zizan lagi, dia menjangkakan Johan bakal diumumkan sebagai juara Super Spontan All Stars melihat kepada undian SMS yang diterima sejak di awal permainan.
“Saya sangka Johan yang bakal memenangi Super Spontan All Stars kerana kelebihan undian SMS yang dimiliki. Tetapi apabila nama saya disebut, terus peluk Johan dan menangis.
“Sebab keputusan diluar jangkaan saya dan dapat rasa peminat Johan seakan tunggu namanya disebut sebagai juara Super Spontan All Stas.
“Tapi walau bagaimanapun Johan tetap juara di hati saya. Pada pandangan saya undian dan kemenangan adalah untuk kumpulan Jozan sebenarnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu Zizan menafikan dakwaan kumpulan Jozan telah berpecah seperti dakwaan sesetengah pihak sebaliknya kesibukan dan kesempitan masa.
“Jozan tetap masih lagi dan tidak pernah berpecah. Cuma kami belum ada masa sesuai untuk kembali beraksi kerana masing-masing terlalu sibuk bekerja. Saya dan Johan sendiri ada juga berbincang mengenai pelbagai perancangan baru kumpulan Jozan tetapi halangan utama kami adalah faktor masa,” jelas Zizan mengakhiri perbualan.
Zizan Razak muncul sebagai juara Super Spontan All Stars dan telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Keputusan tersebut sekaligus meletakkan pesaing terdekatnya, Johan di tempat kedua dan memenangi wang tunai RM75,000 serta trofi.
Teks Oleh: Khalid Rahman
Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Alhamdulillah, Rezeki Saya Okay Sahaja- Zizan Razak and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment