AIB!! Gadis Diperlaku Macam Tarzan Oleh Bekas Teman Lelaki



“Saya terpaksa mencari daun untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan hanya berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter untuk meminta bantuan sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid dan diberi pakaian.”

##Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Awien, 21, ketika menceritakan pengalaman mengaibkan selepas diserang dua wanita dan seorang lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.

##Dia kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, Sik, dekat sini, Ahad lalu akibat perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Awien yang berada di sebuah pusat siber berhampiran Masjid Aman, di sini, kerana sedang menunggu teksi untuk pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya.

##Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu.


Sumber : http://ift.tt/1af8kUT
by noreply@blogger.com (aku newbies) via pasembur

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment