Video Viral : Polis Akan Panggil Peniaga Durian Untuk Beri Keterangan
Kuala Lumpur, 19 Mei: Susulan viral satu video seorang individu yang didakwa meludah pek buah durian yang dibungkus, pihak polis akan memangil peniaga durian tersebut untuk memberi keterangan.
Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata tindakan akan diambil jika ada kesalahan yang dilakukannya.
"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.
"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya lapor Harian Metro.
Sejak petang semalam, rakaman video yang didakwa berlaku di Taman Sri Gombak itu menjadi viral di media sosial.
Harian Metro juga turut melaporkan tinjauan mereka di lokasi mendapati gerai itu sudah tidak beroperasi disebabkan rekasi orang ramai selepas viral rakaman terbabit.
Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.
"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.
Selain itu, pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu.
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment