Tak Malu Bekerja Sebagai Tukang Cuci Biarpun Ada Rupa
Medan, 25 Mei: Dek kerana memerlukan wang dan tidak mahu menyusahkan keluarga, seorang gadis cantik dari Medan sanggup bekerja sebagai pencuci di Stesen Besar Kereta Api Medan sejak lebih setahun lalu bagi membiayai kuliahnya.
Kisah gadis yang bernama Duma Mariana Simanjuntak itu kini menjadi viral di media sosial.
Duma, yang berasal dari sebuah keluarga sederhana, bekerja sambilan sebagai seorang pencuci di stesen keretapi itu sejak setahun setengah yang lagi untuk membiayai pengajiannya di Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Institut Bina Bisnis Indonesia Medan .
Gadis yang berusia 19 tahun itu tinggal bersama dengan keluarga dalam sebuah rumah yang sederhana dekat landasan keretapi itu di Jalan Binjai, Kecamatan Sunggal, Deli Serdang.
Setiap hari pada jam 5 pagi, anak pasangan pasangan Jumian Simanjuntak dan Friska Sitinjak itu, berjalan 500 meter ke perhentian bas untuk ke stesen kereta api bagi memulakan kerjanya.
“Saya ambil jurusan ekonomi dan sekarang sudah semester dua.
“Saya tidak malu jadi pekerja pencuci. Kenapa mesti malu? Yang penting saya bisa kuliah. Ini rezeki halal,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment