Lelaki Diarah Robohkan Kolam di Belakang Rumah Kerana Boleh Sebabkan Penceroboh Mati Lemas
England, 26 Mei - Seorang pembela ikan diperintahkan untuk meroboh kolam di belakang rumahnya kerana ia mungkin boleh membahayakan nyawa penceroboh.
Kevin Sheehan diperintahkan oleh Sovereign Housing, sebuah persatuan pemaju perumahan, untuk merobohkan kolam itu di rumahnya di Abingdon, Oxfordshire.
Lelaki 62 tahun itu mendakwa, ketika dia bertanya sebab mengapa perlu berbuat demikian, pihak terbabit memberitahu langkah itu perlu diambil kerana 'jika seseorang menceroboh, mereka boleh jatuh (ke dalam kolam)'.
"Sebab yang mereka berikan kepada saya ialah jika seseorang menceroboh masuk ke laman rumah saya, dia boleh terjatuh di dalam kolam itu kerana laman saya dipagarkan dengan pagar setinggi 6 kaki jadi mereka tidak boleh nampak (kolam itu).
"Kemudian saya membalas: 'Tapi mereka tidak sepatutnya menceroboh masuk.'".
"Saya ada 80 ekor ikan di dalam kolam ini, mana saya nak letak mereka semua jika saya tak ada kolam? Saya tak boleh letak mereka dalam sungai, saya akan ditimpa masalah. Mereka boleh mati disebabkan itu", kata Sheehan.
Dailymail melaporkan, kolam di rumah Sheehan dilitupi dengan dinding konkrit dan taman di belakang rumahnya itu ditutup dengan pagar kayu setinggi 6 kaki.
Sheehan turut menerima surat dari Sovereign yang mengatakan kolam besarnya itu mesti dibuang kerana 'boleh mendatangkan kemudaratan'.
Sheehan diberi tempoh 3 minggu untuk membuat perubahan tersebut.
Jurucakap dari Sovereign, Debbie Down berkata : "Kami bukannya mahu menghalang sesiapa dari menikmati hobi masing-masing ; seperti contoh membela ikan di dalam kolam belakang rumah; tapi sebagai tuan tanah kami meminta penduduk untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu jika mahu menjalankan perniagaan di rumah atau membina struktur kekal". - Siakapkeli.my
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment