Saya Geli Pegang Kucing Tapi Rezeki Saya Mencurah-Curah Lepas Lakukan Ini
Sebenarnya saya ni bukan la cat lover sangat-sangat. Saya suka kucing tapi saya geli dengan kucing. Kalau lepak kat kedai mamak atau kafe yang ada kucing, bila kucing lalu bawah kaki dan ekor dia kena kaki saya, serius terkejut!
Kalau yang jenis kucing nak makanan sampai dia berdiri pegang peha kita tu lagi la saya takut. Tapi still saya suka kucing. Kalau yang ada sampai cium-cium peluk macam bantal tu memang bukan saya lewww.
Orang cakap kalau nak murah rezeki, nak hidup tenang, share kongsi dengan makhluk tuhan. Salah satunya ialah kucing. Sebelum ni saya cuma tengok je orang kasi kucing makan.
Ada yang update media sosial kasi kucing makan supaya murah rezeki. Ada usahawan yang share tips nak kaya dan berjaya salah satu tips ialah kasi kucing makan. Dan ada sorang mamat ni masa dulu saya shooting dan dia kasi kucing makan.
Saya tanya dia mana dapat makanan kucing tu. Dia cakap beli kat supermarket je. 1 peket dalam RM1.80 je. Ada banyak dalam kereta. Just standby untuk kasi kucing jalanan makan.
Selepas beberapa bulan, saya latih diri untuk beri makanan gini kat kucing-kucing. Dah beberapa bulan gak la saya buat gini dan syukur rezeki tuhan mencurah-curah.
Dalam kereta saya, saya dah beli banyak-banyak so saya boleh kasi kucing makan walaupun saya belum ada bela sekor pun lagi. Kita nak duit R2000 tapi sukar nak share duit RM20. Siapa yang kedekut? Dalam Islam kalau nak kaya kita kena keluar duit. Ingat tu!
Saya ni memang berniat nak bela kucing tapi bukan sekarang la kan sebab rumah dan studio jauh. So saya beri kasih sayang gini je la dengan kucing. Chewah.
Tak kisah kita ni buat bisnes atau tak, jangan lupa kongsi rezeki sesama kita. Kita makan sama-sama, kita gemuk sama-sama.
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment