Dari Seorang Pekerja Zoo Biasa Dan Bermodalkan Telefon RM300, Zukieee Kini Mampu Hidup Mewah


Nama Zukieee bukanlah perlu diperkenalkan lagi di kalangan pengguna media sosial di Malaysia, video-video lucu yang dihasilkannya menjadi bualan ramai netizen.

Zukiee atau nama sebenarnya Zulkifli Muhammad, 24, kini mampu untuk berbangga dengan pencapaianya, mana tidaknya, selama tujuh bulan video pendek yang dihasilkannya pada awal-awal dulu mampu untuk menangung kehidupan kelaurganya yang susah.

"Alhamdulillah, pendapatan sejak menjadi selebriti media sosial agak baik saya boleh bantu ibu dan adik beradik lain setiap bulan dan setakat ini sudah beli kereta Mazda RX8 secara tunai.

"Saya daripada keluarga yang susah dan ada tujuh adik beradik, dulu saya hanya seorang pekerja zoo dengan gaji RM800 sebulan sahaja," ujarnya dipetik laporan mStar.



Menurut beliau lagi, beliau telah menyimpan lama hasratnya untuk aktif di media sosial untuk membantu nasib keluarganya, namun ianya terpaksa dipendamkan kerana kekurangan modal untuk memulakan kerjaya itu.
Akhirnya tahun lalu, beliau telah berjaya membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM300, dia dapat memulakan rancangannya itu.
"Sebenarnya saya sudah simpan idea-idea untuk jadi viral sejak tahun 2011, tapi saya tidak boleh buat kerana saya tiada telefon bimbit yang boleh buat rakaman.
"Sehingga tahun lalu, saya tekad beli telefon berharga RM300 yang ada video. Daripada situ saya buka akaun laman sosial dan muat naik video-video yang saya lakonkan," ujarnya.
Sehingga kini, Zukieee memiliki telah memiliki sebanyak 420,000 pengikut laman Instagram dan 500,000 di Facebook.
Zukieee turut ditanya pelibatan dalam dunia glamer, menurut Zukieee dia menerima banyak tawaran untuk beraksi di dalam program televisyen dan berlakon drama, namun terpaksa ditolak kerana menjaga eksklusiviti dan jenama dirinya iaitu hanya boleh dilihat di media sosial sahaja.

"Kerjaya saya di media sosial bukan di televisyen, jadi saya terpaksa tolak tawaran-tawaran daripada stesen televisyen yang mahu saya terlibat dalam drama dan program mereka.

"Saya tidak mahu jika terlalu kerap di televisyen membuatkan orang bosan dan tidak mahu menonton saya di media sosial pula," ujarnya.

Selain itu, Zukieee berkata, dia kini mempunyai sebuah syarikat pengiklanan Viral Media Sdn Bhd bagi mempromosi produk di media sosial. - Siakapkeli.my


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. The majority of binary options platforms have indices from emerging markets like China, Indonesia, Malaysia, Mexico and Brazil on their list of available underlying assets. Returns on these assets vary from 60% to 71% and they expire hourly, daily, weekly and monthly. The question is - are these emerging markets indices worth binary options investments?

    ReplyDelete
  2. Free Money Guaranteed Review

    We are all familiar with the basics of trading - a trader studies the market and buys an asset at certain price, hoping that its price will rise and he will sell the asset at the new higher price and profit from the difference. In binary options trading though this is different. Yes, the trader, otherwise known as the buyer, will look into the market and yes he will decipher which way he thinks the market will move, but the outcome and method of profiting is somewhat different.

    http://centumentltdreview.com/hedge-formula-system-review/

    ReplyDelete