15 Pelajar Britain Dakwa UiTM ‘Curi’ Thesis MBA Mereka
15 pelajar dari Universiti Bath telah mendakwa UiTM ‘mencuri’ thesis MBA mereka dan memuat naik kertas thesis itu ke dalam sistem repositori universiti itu.
15 pelajar itu adalah dari 4 kumpulan pada tahun 1994 dalam jurusan Bath Executice Masters Of Business Administration (MBA)- Malaysian Institute Of Management (MIM), mendakwa kertas kerja mereka telah digunakan tanpa pengatahuan dan persetujuan mereka.
Sam Than, menemui kertas kerja miliknya ketika mencari info di Google dan menjumpai link ke laman UiTM yang menyimpan kertas kerjanya. Beliau yang kini berusia 58 tahun melengkapkan thesis itu 22 tahun yang lalu. “Lebih mengelirukan apabila kertas kerja saya itu terdapat logo UiTM dan copyright control untuk kertas kerja saya itu. Apabila dilihat di ruangan preview, logo UiTM sangat jelas, seolah-olah kami pernah berkolaborasi untuk kertas kerja ini,” kata Sam.
3 rakan Sam turut menjumpai kertas kerja MBA mereka dalam arkib digital UiTM. “Saya telah periksa dengan bekas rakan sekelas saya samaada admin di MIM telah memberi kebenaran untuk pihak UiTM memuatnaik naik thesis ini ke arkib mereka. Saya juga telah menghantar e-mail ke UiTM untuk meminta penjelasan mengapa kertas kerja saya boleh berada di arkib UiTM dan mereka menjawab kertas kerja saya itu kini sudah diturunkan dari arkib digital UiTM,” tambah Sam.
Vice Chancellor UiTM, Prof Emeritus Dr Hassan Said telah mengarahkan satu penyiasatan dibuat berkenaan tuduhan ini. “Repositori UiTM mempunyai undang-undangi di mana kami akan terus menurunkan segala karya yang diplagiat. Kami akan membuat siasatan yang serius tentang tuduhan ini. Integriti akademik sangat penting di UiTM. Kami mengambil serius isu harta intelek ini. UiTM tidak akan melindungi pesalah dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa, kata Dr Hasssan.
Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pihak UiTM dan 15 pelajar MBA Bath ini.
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment