SAH !!!! Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah Di Lantik Menteri Besar Kedah. Ini Pengakuan Beliau Berhubung "Kenaikkan Pangkat Beliau"



ALOR SETAR – Majlis angkat sumpah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan secara rasmi di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pagi Khamis,


Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pada sidang media khas di sini Rabu yang turut menjadi tumpuan ramai wartawan agensi tempatan dan antarabangsa.






Menurut beliau, Ahmad Bashah bakal mengangkat sumpah pada jam 10 pagi susulan penyandangnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar.

“Saya boleh katakan keputusannya bahawa Mukhriz sah hilang sokongan ahli, maklumat yang detail (terperinci) kita simpan sebagai rujukan rekod,” kata beliau ketika menjawab soalan pemberita.

Sebelum ini Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapat maklum balas daripada semua 36 ADUN Kedah sebelum membuat keputusan muktamad Mukhriz memang hilang majoriti sebagai Menteri Besar.

Pengumuman tersebut menamatkan spekulasi mengenai siapakah Menteri Besar Kedah ke-12 dan dijangka menggantikan Mukhriz yang dilantik ke jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum pada 2013.

Perkembangan terbaharu itu bakal menyaksikan rombakan kecil Kabinet Persekutuan memandangkan Ahmad Bashah ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ahmad Bashah yang dilahirkan pada 10 Oktober 1950 merupakan ADUN Bakar Bata pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu.

Bagaimanapun jawatan tersebut diserahkan kepada Mukhriz, 51; selepas BN ‘merampas’ Kedah daripada Pas pada 2013 yang kemudian ADUN Ayer Hitam itu dilantik menjadi Menteri Besar ke-11.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment