PM Tawar Datuk Seri Mukhriz Mahathir Jawatan Timbalan Menteri. Ini Reaksi Beliau






Mukhriz juga berkata, beliau turut bersedia melepaskan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah. – Foto Bernama

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengakui beliau telahditawarkan jawatan Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau menolak tawaran berkenaan.


“Perdana Menteri telah menawarkan jawatan Timbalan Menteri… ‘of course not‘,” katanya dalam sidang media khas di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mukhriz sebaliknya berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat di kawasannya bagi meneruskan legasi kepimpinannya di Kedah dan pada masa yang sama akan terus setia bersama UMNO.


“InsyaAllah saya setia dengan UMNO, pada masa yang sama saya juga berharap kepimpinan perlu melakukan tindakan drastik, sekiranya kita berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang.”


“Kalau ini tidak dilakukan, saya bimbang masa depan UMNO sebagai parti yang memerintah,” katanya.


Mukhriz juga berkata, beliau turut bersedia melepaskan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Kedah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Sumber: Astro Awani

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment