Penahanan Beliau Terpaksa Di Buat Biarpun Kita Menerima Tekanan Dari Pelbagai Pihak. Dia Perlu Bertanggungjawap



Seorang lelaki warga Nigeria yang memperdaya seorang ibu tunggal melalui penipuan internet ‘African Scam’ membabitkan kerugian sebanyak RM107,950 tahun lalu, menerima pembalasan hari ini apabila dia dihukum penjara 36 bulan dan sebatan empat kali oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.





Nebolisa Olisa Hillary didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, semalam.


Nebolisa Olisa Hillary yang berusia dalam lingkungan 30-an dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Zulhilmi Ibrahim setelah tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menipu yang dihadapinya.

Namun tertuduh hanya meringkuk dalam penjara selama 18 bulan sahaja setelah mahkamah memerintahkan hukuman penjara 18 bulan dan sebatan dua kali bagi setiap pertuduhan dijalankan serentak mulai hari ini.


Mengikut pertuduhan pertama, Hillary didakwa menipu ibu tunggal tersebut dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa dia adalah Mark William yang dikenali di laman sosial Facebook yang berjanji mahu menemui mangsa dan membayar semula wang yang dipinjam.

Perbuatan tertuduh itu didakwa mendorong mangsa terbabit untuk memasukkan wang RM9,950 menerusi akaun Maybank yang diberikan oleh tertuduh, di Hong Leong Bank cawangan Jalan Rahmat, dekat sini antara pukul 11.15 pagi dan 5 petang, 7 Disember tahun lalu.

Hillary turut didakwa melakukan kesalahan sama terhadap wanita itu membabitkan kerugian RM98,000 di Hong Leong Bank, cawangan Bukit Pasir, dekat sini antara 8 Disember dan 15 Disember 2015.

Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno mengemukakan kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan seorang pesara dari sebuah syarikat swasta di Eropah berkawan dengan tertuduh sejak dua tahun lalu melalui akaun Facebook setelah lelaki itu menyamar sebagai seorang lelaki berdarah campuran Arab dan Inggeris bernama Mark William.

Perhubungan mereka mula rapat sejak Disember tahun lalu sehingga menyebabkan wanita itu sanggup meminjamkan wang selepas tertuduh menceritakan masalah kewangan yang dihadapi­nya.

Mangsa seterusnya memasukkan wang ke dalam akaun tertuduh secara berperingkat-peringkat selepas Hillary berjanji akan berjumpa dan memulangkan wang dipinjam apabila dia datang ke Malaysia.

Bagaimanapun, pesara tersebut hanya menyedari dirinya tertipu selepas Hillary sekali lagi meminta wang berjumlah SG$55,000 (RM163,412.74) atas alasan wangnya tidak boleh dikeluarkan dari bank Singapura.


Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment