kisah gadis genit anak dara Mukhriz, Meera Alyanna yang menjadi kegilaan remaja



Sebaik kisah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi tajuk utama pelbagai media, turut menarik perhatian masyarakat kisah gadis genit anak dara Mukhriz, Meera Alyanna yang menjadi kegilaan remaja kerana sering menjelajah ke seluruh dunia.

Akaun Instagram milik Meera Alyanna atau Ally, sarat dengan foto dan kata-kata sokongan kepada bapanya yang dikatakan semakin hampir digantikan bagi mentadbir Kedah.





“Ayah saya sentiasa menjadi Superman saya,” tulis Ally dalam status pada 27 Januari lalu.

Ia menerima 1,610 likes dan turut menerima komen sokongan daripada pengikutnya.

Ally dianggap gadis bertuah kerana sering memuatnaik percutian di luar negara dan menjadi impian remaja yang mengikuti akaun Instagramnya.

Gadis dianggap sebagai ‘penjelajah dunia’ berikutan kekerapan memuatnaik foto percutian di luar negara dengan gaya tersendiri.

Terkini, gadis itu memuatnaik foto berada di Edinburgh, United Kingdom biarpun beberapa minggu lalu baharu sahaja berada di negara lain.



Beberapa minggu lalu, Ally baharu sahaja memuatnaik perjalanannya ke Dubai dengan memuatnaik sekeping foto di Palm Jumeirah.



Palm Jumeirah adalah pulau buatan manusia di Dubai menggunakan tanah tebusguna yang turut menempatkan hotel mewah bertaraf lima bintang dan ke atas termasuk Atlantis, Waldorf Astoria dan The Fairmont Plam Hotel and Resorts.

Hotel di Palm Jumeirah sering menjadi tumpuan jutawan dari seluruh dunia berikutan kehadiran hotel jenama bertaraf antarabangsa dengan kadar penginapan satu malam mencecah RM21,000 !



Selain Dubai, gadis persis seorang model antarabangsa ini yang dikatakan gemar bermain sukan ski turut ke Gunung Whistler di Kanada selang beberapa minggu sebelum ke Dubai.

Seronoknya bermain ski!



Disebalik jelajah dunia itu, Ally tidak ketinggalan turut menyatakan kesedihannya ketika kejadian pengganas yang menyerang ibukota cinta, Paris dengan memuatnaik foto mercu tanda popular, Menara Eiffel dipercayai daripada koleksi foto jelajah dunianya.



“Dikala ini, mengapa kita perlu mendepani pengganas? Saya berdoa untuk Paris, penduduknya dan semua yang terkesan (daripada serangan itu),” tulis Ally dalam statusnya itu. Sifat prihatinnya itu mungkin diwarisi daripada datuknya, negarawan dikenali ramai, Tun Dr Mahathir Mohamed.



Gadis cantik ini turut memuatnaik sebuah bot mewah dipercayai dihadiahkan bapanya dan sering meluangkan masa bersama ahli keluarga menyusuri lautan di sekeliling Pulau Langkawi.

Tentu seronok memiliki bot sendiri!



Untungnya kehidupan Ally mempunyai seorang bapa yang penyayang!

Tulis Ally, “Saya mungkin bukan seorang puteri tetapi saya tentunya puteri kepada bapa saya.”

Ia turut mendapat reaksi daripada pengikutnya, “Bestnya ada kapal sendiri.”



Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Ally dan kalau menyusuri lautan biru dengan bot Puteri Alyanna itu, ajaklah kami! – MN

cc--www.tv14.m

by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment